Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

Nukilan

Home
Piagam Pelanggan
Sejarah Sekolah
Maklumat Sekolah
Falsafah Sekolah
Objektif Sekolah
Logo Sekolah
Lagu Sekolah
Pentadbiran
Akademik
Aktiviti
Kalendar Akademik
Pemandangan sekolah
Nukilan
Pautan
Hubungi kami

Pena menari di atas kertas
mencoret idea maha kreatif
Buat tatapan anda semua.....

kebayaku.jpg

BAJU KETAT KAIN SENDAT

 

" Baju ketat kain sendat "

Tema puisi beri nasihat

Kalau ada sesiapa terbuat

Segera bertaubat sebelum terlambat


Baju ketat kain sendat

Kening tebal angkat pun tak larat

Budaya kita bukan begitu

Kalau ada kot satu dalam seribu

Zaman ini sungguh hebat

Anak-anak macam diberi mandat

Dikatakan baik, walaupun dasyat

Itulah akibat , tak ambil berat


Baju ketat kain sendat

Nampak pusat sungguh ketara

Langgar agama, langgar adat

Jalan pun lambat macam kekura

Tudung diikat, tudung pula singkat

Bertumit tinggi, berseluar ketat

Berjalan susah, terkedek-kedek

Ayam itik pun rasa pelik


Baju nipis kain pun jarang

Nampak pusat berbelang-belang

Memang jelek kalau terpandang

Lagi baik siput dan kerang

Sesetengah tu langsung tak boleh dilarang

Silap-silap naya dapat pelempang

Ek-nya posing bukan main

Terkinja-kinja eh..eh konon manja

Orang tersenyum ingatkan suka

Padahal mengeji, mengutuk, mengata


Tak boleh ditegur, tak boleh dikata

"Tepi kainku usah dijaga"

Kalu ditanya " Mengapa?"

Jawabnya ringkas "Aku punya suka"

Katakan"Tak takutkah neraka?"

Tersipu senyum garu kepala

Baju ketat kain sendat

Inilah yang dikatakan trendy

Tak tahukah mana satu aurat

Cuba-cubalah pergi mengaji


Tak tahu, tanyalah ustaz dan ustazah

Pakaian sopan zaman berzaman

Semua anggota tak boleh didedah

Kecuali muka dan tapak tangan

Agama benarkan pakaian berwarna

Tapi janganlah macam pelangi

Ala kadarlah dan sederhana

Baru jadi wanita sejati


Nukilan ini buat mainan

Bukan tak ikut peredaran zaman

Apa yang baik jadikan tauladan

Mana yang buruk dibuat jangan

 

Nukilan rasa :

En Zainordin Wahab

Guru SAB

Our School * Any Street * Anytown * US * 01234

suhaira