Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

Logo Sekolah

Home
Piagam Pelanggan
Sejarah Sekolah
Maklumat Sekolah
Falsafah Sekolah
Objektif Sekolah
Logo Sekolah
Lagu Sekolah
Pentadbiran
Akademik
Aktiviti
Kalendar Akademik
Pemandangan sekolah
Nukilan
Pautan
Hubungi kami

"Kebanggaan Kami"

sabku.jpg

Lencana SAB berbentuk perisai dan berdasarkan cogan kata "Belajar, Berilmu, Berbakti". Ini menunjukkan bahawa matlamat utama persekolahan ialah untuk mencari ilmu pengetahuan sekaligus mendisiplinkan diri sesuai dengan etika moral dan tatacara tingkah laku agar ia dapat digunakan untuk memperbaiki diri dalam masyarakat sekeliling dan negara amnya.

Bentuk perisai melambangkan keteguhan semangat serta keutuhan setiap pelajar dalam menuntut ilmu serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar.

Warna biru melambangkan suasana yang sentiasa bersefahaman antara guru dengan pelajar dan juga semangat muhibah bersatu padu di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Warna kuning yang melintangi biru melambangkan setiap jentera sekolah sentiasa taat setia dan patuh di bawah pemerintahan beraja dan juga perlembagaan negara ini.

Huruf SAB yang menguncup ke atas membawa nama Sekolah Aminuddin Baki yang mempunyai satu tujuan di bawah satu bumbung.

Rotor, pokok padi, buku dan jarum melambangkan keempat-empat mata pelajaran vokasional yang terdapat di sekolah iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Ini bermakna sekolah ini bukan sahaja mengajar dalam bidang akademik tetapi juga bidang kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi moden pada hari ini.

Enter supporting content here

suhaira