Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

Piagam Pelanggan

Home
Piagam Pelanggan
Sejarah Sekolah
Maklumat Sekolah
Falsafah Sekolah
Objektif Sekolah
Logo Sekolah
Lagu Sekolah
Pentadbiran
Akademik
Aktiviti
Kalendar Akademik
Pemandangan sekolah
Nukilan
Pautan
Hubungi kami

"Janji kami untuk anda"

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.

Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa / penjaga, masyarakat dan negara / kerajaan.

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

SAB Boleh

suhaira